SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

KISAH 3: Hikmah disebalik ujian

Alhamdulillah ada masa sambung lagi... insyallah ni episod terakhir..

yang terlepas boleh baca di

KISAH 1 dan KISAH  2

Akhir Febuary selepas buntu eczema menyerang kembali, akhirnya suami berkeras bagi anem vivix, makan dan sapu, jadi berumula febuary 2017 saya konsisten bagi MEALSHAKE & VIVIVX, sebelum ni just bagi Omega saja, mungkin tak berapa kuat bantu eczema anem ni, tapi membantu perkebmangan IQ adelah..
.
Start dari situ, hari2 teliti, belek perkembangan, adakah vivix ni betul-betul membantu, time tu upa tak share umum lagi, sebab nak tengok sendiri perkembangan pada anem sendiri..
.
saya perasan, lepas 3 hari, anem ada lagi menggaru sikit-sikit, tapi rasa kulit dia mcam kebal pulak, langsung tak luka, dulu kuku sentiasa pendek jugak, tapi bila menggaru, alahai  macam tisu kulitnye, cepat je nak carik.. tapi kali ini memang sangat-sangat berbeza..

 upa share bukan sebab upa menjual produk tu. kalau tak sebelum ni dah upa promote habis-habisan, tapi upa uji dulu pada anem..tengok perkembangan dan perubahan pada dia sendiri, baru la upa kumpul kekuatan nak share secara umum...
 .
start awal febuary sampailah harini 15 april 2017, tidur malam upa semakin lena,hihihi,kadang ada juga garu2 sebba kulit kering, kadang upa biar je dia menggaru, tapi kulitnya sikit pun tak berdarah, sikit pun tak carik..dan start haritu, belum tumbuh lagi nanah,... harap-harap sampai bila-bila...
.
upa buat kesimpulan, selama ni duk terangkan pada orang vivix ni dia repair sel daripada DNA, baiki sel-sel rosak... anem ni kira sistem tubuh dia tak betul la kan.. apa salahnya guna vivix..lama sebenarnya upa pikir nak bagi vivix ke tak... dan upa sangat konfiden mealshake asbab kulit anem jadi kebal dan tebal.. mungkin sebab melashake ni sumber protein yang dapat bina tisu-tisu baru di kulit kaki anem,,,wallahualam.. asbab je semua ni...

 upa cuba fahamkan macam mana vivix ni dapat bantu anem.. 
sebab doc hafiz cakap eczema ni dari leaky gut..kecelaruan dalam usus







.
Apa yang buat upa seronok parut-parut yang berkali-kali tumbuh nanah macam cendawan tu makin pudar, kalau dulu, bila kering lepas ambik antibiotik, rasa  kawasan tumbuh nanah tu, macam masih ada akar2nya lagi.. kali ni betul-betul clear, dulu risau, sian anak dara kita, kaki berparut sini sane, kalau lelaki tak kisah sangat.
.
1st bagi makan 2 kali sehari, awal pagi dan sebelum tidur dan sapu vivix tu sendiri dekat kaki-kaki dia.. now dah tak sapu, just bagi makan je, 2x sehari, tapi kadang-kadang termiss, bagi sekali je...Alhamdulillah start febuary sampai april ni, belum habis lagi sebotol vivix tu, kalau sebelum ni, memang kami ambik vivix suami isteri setiap 2 bulan 1 botol, kali ni, korban..bagi kat anem pulak...jika itu penawarnya... tapi kalau dikira-kira sama je kos rawatan anem selama ni, jumpa pakar beli ubat natural, bulanan nak cecah RM500 kadang ke RM1000 kalau jumpa pakar kulit..

seminggu je sapu vivix dekat kaki anem, sebab rase sayang sangat vivix letak dekat kaki..huhuhu

sekarang tiap hari remind upa nak makan vivix, tahu dah  routien harian sendiri...

pelbagaikan resepi mealshake, kadang buat ais krim kadang buat susu je, ikut kerajinan upa melayan karenah anak-anak..
 ice cream melashake + vivix

 meratah mealshake
hantu omega ini orang....

ni parut dulu, kering selepas ambik antibiotik.

ni parut sekarang... baru je snap gambar tadi...hihihi,, dah semakin pudar, bahagian yang keras macam berkerak berakar tu totally dah tak ada...

A'la kullihal,semuanya Allah yang memberi kesembuhan, upa hanya ikhtiar dan cuba jaya.. mohon doa kalian agak mimpi ngeri ini tidak akan berulang lagi.
.
Apa pun inilah hikmah disebalik ujian ini,
HIKMAH 1: Allah hanya menjentik dengan ujian ini agar upa lebih dekat meminta dan memohon pada NYA..
HIKMAH 2: Upa banyak belajar dari group eczema berkenaan gula, histamin, gluten, streoid dan macam-macam lagi.
HIKMAH 3:  upa jumpa penawarnya dengan produk sendiri...(bukan cipta sendiri..hihi) 
Ujian berumula ketika umur tasnem 1 tahun 5 bulan,kini lagi beberapa hari masuk 3 tahun..sepanjang tempoh ni, setiap bulan ulang,,ulang,,ulang,,,dan berulang... mengharapkan berakhilaha mimpi ngeri ni...

Terima kasih kepada yang sudi membacanya, walaupun berepisod...hihi.. moga sedikit sebanyak membantu ibu yang senasib dengan saya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

KISAH 2: Ujian eczema datang lagi

Sambungan kisah 1 tasnem...

Ramai yang tanya punca anem jadi macam ni, saya tak ada jawapan, tapi apa yang saya faham dari perkongsian group kumpulan sokongan eczema, disebabkan masalah usus.banyak istilah upa beljar dalam group tu, tak cuku group fb, ada juga group wtapp daripada sekumpulan ibu-ibu yang ada anak eczema... masyaallah, bila tengok derita anak-anak yang lain, upa bersyukur anem tidak la seteruk anak-anak yang lain, ada yang satu muka penuh, ada yang seluruh badan... bila rasa nak menangis, ingat semula, orang lain lagi berat ujiannya...

al-kisah Disember 2016
 masa bercuti dikampung, biasala time tu, heaven sangat makan macam-macam, undang makanan tasnem pun longgar, makan selagi orang memberi.. beras free gluten, gule tepung semua ke laut...
.

 
Bila muncul gelembong air di tangan tasnem, kami dah tahu, apa akan jadi..start menggaru area kaki, tempat yang sama, parut yang bulan 6 aritu masih lagi belum hilang..time ni releks-releks dulu, gune minyak-minyak yang ada, dah prepair awal2...tapi nampak gaya tak jalan, anem bila mengaru akan menggaru segaru-garunya, khusuyuk...


Bila menggaru, akan luka, bila luka akan bernanah, time ni kulit sangat2 nipis garu sikit pun dah luka... kami cuba bertahan, tak nak ke klinik, sebab tahu akan dapat antibiotik, rasa dah imun sangat anem dengan antibiotik.. hari demi hari, semakin teruk...TERPAKSA JUGA ke klinik as usual, doc bagi antibiotik dalam masa 3 hari kering..

walaumacamna pun antibiotik kene habiskan, ni keadaan dah kering... kami sikit pun tak happy dah kering, sebab sudah tahu, kebiasaannya habis saja antibiotik, gelembong akan naik lagi and so on..macamtulah kiranya sejak tahun 2015 lagi, boleh dikatakan sebulan 2x ambik antibiotik.. memang kalau boleh nak elak ambik antibiotik, tapi risau infecton sampai demam cecah 40C, lain pulak jadinya nanti.. hari2 mengadu pada group eczema wtapp, apa nak ada pengalaman yang sama, share cara berubat...

seminggu sebelum balik ke sarawak, sempat buat appoiment dengan Doc Hafiz, antara doc yang ada dalam group kumpulan eczema, doc ni lebih kepada nutural, streoid memang tak la, walaupun doc, boleh dikatakan antara doc yang pakar dalam eczema dan mengkaji pasal eczema, sorang lagi doc suriya, tapi belum sempat jumpa dia... ALhamdulillah dapat jumpa kat shah alam... hari yang sama terjumpa pulak rakan sama-sama UKM yang mengalami nasib yang sama..... lega jumpa doc Hafiz, lebih detail tahu antara pantang larang anak-anak eczema ni, makanan itu dan ini, lebih kepada alami.. dan doc Hafiz kata mugkin juga disebabkan air... dan tengok keadaan anem ni, area kaki saja dan kawasan yang sama, kemungkinan plumbum berat...

di centre doc Hafiz, depan hotel Acapella.. jumpa kak haida dan Azhari.. sama-sama sarawak..hihi
lepas dapatkan nasihat doctor, kami borong redoxmin dan colodial silver...dan kami fokus pada ubat-ubat yang doctor hafiz bagi saja.. time tu agak nak kering disebabkan antobiiotik tu, tapi masih lagi gatal-gatal...rutin masih lagi macam biasa, bangun tengah malam, rendam kaki dengan air suam bersama epsom salt..
setiap malam rendam dengan air suam plus epsom salt, nak bagi hilang gatal, kadang-kadang dengan tea roibos...

Nak dijadikan cerita lagi, awal january 2017, masih menggaru dan menggaru, luka dan menjadi-jadi... saya gune calodial silver agak kering, tapi xlama, saya tekad time tu tak nak jumpe doc lagi, sebab tak sampai sebulan baru lepas ambik antibiotik... 

keadaan semakin teruk, sangat-sangat teruk... lagi sekali anem tak boleh jalan, lemah longlai... sampai satu tahap sampai lekuk kulit dia dimakan nanah tu..tiap hari ganti cadar, kadang upa tak sedar dia bangun menggaru, sedar-sedar cadar berlumuran darah dah....

 akhirnya kami akur, ke klinik mukah, dan as usual doc bagi antibiotik, kali sangat kuat... sehari saja dah kering... biar gambar berbicara...






 muka lepas menggaru tak ingat dunia..


bila upa tak sedar dek berjaga sampai ke pkul 4, sedar-sedar dah berlumuran darah
 lepas rendam dengan air garam

 kaki sampai lekuk, macam nanah makan kulit-kulit dia..


 tangan tak boleh nak pegang apa-apa pun
nak tido bungkus cantik-cantik tak nak bagi menggaru, lepas jam 12 malam, habis...

ni kes, malam dah sedap menggaru, pagi tu kaki melekat dekat kain,nangis sakit nak pisahkan dari kaki dia...


Selepas 2 minggu menghabiskan antobiotik doc, memang kering..tapi masih keras kulit, macam ada akar disitu, tak mau hilang-hilang..follow up doc di mukah lagi, sebab doc kata habis antibiotik jumpa dia semula.. dan bermulalah kisah drama saya dan doc... saya pun terlepas cakap " saya tak guna krim steroid sebab tahu kesan akibat dia".. lantas muka doc tu berubah, dan terus padam dalam catitan dia tu, asalnya dia memang nak bagi cream.. lalu kami balik begitu saja, nampak dimukanya agak marah bila saya cakpa macamtu..

Dalam kereta kene marah dengan suami, cakap tak tapis..huhu, so suami kata, habislah, lepas ni apa-apa jadi kite kene band la, pandai-pandai la kite nak buat apa pada tasneem....

lepas seminggu (awal bulan Ferbuary 2017), kisah aczema anem bermula lagi, kali ni, cakp dengan suami, memang tak lah nak ke klinik tu lagi, sebab kita dah kene band.. so pandai-pandai la panjang memikir nak buat apa.....

Jadi ...bermulalah rawatan guna produk sendiri, selama ni upa sebagai distributor, makan sendiri tapi tak bagi pada anem pun, just omega, nuteriferon, tu pun on off berganti2 dengan redxmin, al-manna, prebiotik, sebenarnya dari tahun lepas suami kata cuba bagi vivix dekat dia, saya sekeras-kerasnya cakap nanti dulu..sebab saya anggap vivix ni untuk pesakit yang kronik-kronik, kali ni suami pun berkeras juga, nak juga bagi anem makan vivix.....

apa jadi lepas tu??  upa sambung kisah 3 nanti.. hihi,, janji..scene terakhir...hihii

sambungan,........KISAH 3





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kisah 1: Tasnem eczema

Asslamualaikumwarahmatuullahhiwabarakatuh...

sebelum upa nak share kisah perjalanan anak upa ni, banyak kali upa fikir baik dan buruknya, tapi selepas diteliti banyak baiknya upa share, mungkin ada ibu yang senasib upa ada ujian seperti ini..

Tasnem anak kedua upa, lahir pada 17 april 2014...
Alhamdulillah cukup bulan dan smepurna..

penyakitnya bermula pada bulan 9 tahun 2015.. time tu upa tak pasti apa nama penyakit dia ni..
bulan 9 tu, kami sekeluarga, baba, mia ,anem gatal-gatal,kembung air di tangan..sangat2 gatal, kami ke hospital 2 3 kali, doc kata scabies (kuman tilam) , doctor bagi ubat putih untuk sapu seluruh badan kami anak beranak.. dan balik rebus semua pakaian, cadar dan mainan, kami balik buat seperti doktor suruh, baju pun direbus, memang renyuk seribu la..jenuh nak iron.
.
dalam bulan yang sama upa, suami dan mia alhmdulillah dah baik sepenuhnya, dah tak gatal-gatal, tapi tasnem masih lagi menggaru, menggaru dan menggaru..time tu tak terus sangat,


 .
 
(kumpulan sokongan eczema)
saya jumpa ada rakan fb share pasal anak dia eczema,(ros alik) saya pm dia gune produk apa, dia gallakan saya join group "kumpulan sokongan eczema" (KSE) dalam tu ada doctor juga, banyak beri nasihat, saya banyak belajar dari situ, pasal steroid, pasal leaky gut, pasal gula dan macam-mcam la, secara autmatik kami tukar segala-galanya, beras, gula, tepung yang free gluten, walaupun kat sini (sarawak) agak susah nak cari semua tu.. tapi berkorban la, cari kat cosway mana yang ada, selagi boleh ganti kami ganti, ayam pun kami sekat-sekat makan, nak cari ayam organik, memang xde kat sini..

Sampai la bulan 12 2015, kaki anem  naik bernanah2, infection dari menggaru dia... saya jadi panic, sampai ada offer berubat cara kampung, saya pegi juga cara kampung, daun semambu,kunyit daun itu ini lah keluar...tapi part yang sampai melibatkan akidah, saya tarik diri, tak rela kalau anak sembuh tapi akidah terpesong..nauzubillah.

routien saya sudah berubah sejak tu, tiap lepas pukul 12 mesti bangun, nak halang anem menggaru, sebab kalau dia menggaru, mesti luka, bila luka, akan bernanah,,dan....jadi lebih teruk. jadi mintak dengan suami tido awal,sebab lepas kul 12 kene berjaga sampailah jam 4 pagi..jam 6 kene bangun lagi untuk ke sekolah... macamtulah hari-hari...sampai sekolah agak tingtong juga..
.
bila naik bernanah terpaksa jumpa doctor, ambik antibiotik...kering...gatal...dan jadi lagi, setiap bulan 2x ambik antibiotik, risau jugak terlalu kerap ambik antibiotik, tapi time tu tak ada pilihan,terpaksa.

time tu kering tapi masih gatal-gatal...dpendekkan cerita cuti bulan 6 tahun 2016 kaki anem sangat2 kritikal, tasnem nangis saya pun mesti menangis, kesian, tak sampai hati tengok anem macamtu.
.
saya jumpa ustaz kamal kat kluang, pusat perubatan muhibin, kot-kot la ada gangguan ke, ade orang dengki ke, kene dekat anak, tapi ustaz kamal ni bukan berubat yang tu, dia back to basic lebih menekankan perubatan dalam bentuk rohani dan makanan, banyak kami belajar disitu, secara tidak langsung banyak memberi peringgatan, apa2 bergantung lah pada ALlah, tahajud jangan tinggal, paling terkesan ustaz cakap " Allah beri ujian ni ada hikmah dia,mungkin ALlah nak ulfa dan suami bangun tahajud, menggadu pada Dia" " kalau bukan kerana tasnem ulfa mungkin ulfa tak sampai kluang ni belajar macam-macam ilmu pasal makanan" betul juga ustaz cakap ustaz tu, jadi kami balik bawa madu formula ustaz dan titisan xy untuk mandi dengan ais... kami menumpang mandi sekali,,wah ssangat2 best..hilang stress..
.
tapi routien tetap macam tu, bila naik bintik air kat tangan, mesti kitorang risau..sebab tu tanda2 akan naik lagi...yes memang betul...setiap bulan biasa-biasa saja tapi kali ini memang betul2 teruk..

 kalau no 4 tu naik, dia akan bermula, ambil antibiotik sekejap je kering, lepas kering jadi lagi...Allahu...
macamtu la setiap bulan..

 

sampaikan effect tak boleh jalan, lembik sangat-sangat, tapi nak juga main dengan kakak dia, bukak mata pun berat...sayu sangat.. sampai mengesot nak ambik barang.
.
time ni tak ada pilihan, pergi doc ko, pakar kulit... memang dah tahu akan bagi antibiotik tapi memang terpaksa sebab dah teruk sangat2.. sebelum tu memang dah pergi banyak dah doktor pakar..beribu juga habis ke doc-doc  pakar, tapi kesudahannya kembali kepada rawatan ikut group eczema, based on produk natural.
.
apa yang dicadangkan dalam group, semua saya beli, cuba daya, tak ok yang tu cuba ni pulak...produk memang natural 100%, dan harga dia huh, memang berpeluh, bulanan dekat RM500 untuk beli ubat2 natural anem ni, memang banyak kene korban...
.

ni antara ubat-ubatan anem, semua yang organic, tak termasuk ubat yang dapat dari hopital dan antibiotik yang berboto-botol tu..

senarai nama ubat yang saya guna:
1- redoxmin
2-al-manna
3- prebiotik
4- cream moogoo satu set ( sabun mandi, cream gatal, cream pelembab)
5- meboo
6-sheer butter
7- habatusauda
8-Buds
9- magnesium oil
10- epsom salt
11- young living (oregano)
12- minyak zaiton
13- minyak kelapa dara dari cosway
14- olivenol
15- ubat dari doctor kho ( hampir Rm500 sekali perjumpaan)
16- madu- XY dari ustaz kamal kluang
17- tea rooibos
17- lupa dah..mcam2 ada

saya try n error bila naik panic xtahu yang mana berkesan...
ganti2. time ni setiap malam bangun rendam kaki dia, tak nak bagi gatal..


rutin harian, bangun malam rendam kaki, taknak bagi dia menggaru,

terpaksa rendam dengan gauz tu skali sebab nanah melekat buat dia nangis...

jadi lama-lama dah biasa bangun malam merawat anem...kuku memnag kene sentiasa pendek, kalau tak..ehm..
.
disember 2016 ujian datang lagi, kali ni lagi teruk dari bulan 6, ya Allah... saya perasan keaadaan anem akan menjadi-jadi bila cuti balik semenanjung, makanan tak tekawal, lagi-lagi gula...jajan-jajan. plus beras yang tak berapa padat dengan kanji..
.
bila bintik kat tangan naik, kami dah mula bersedia, tahu apa akan jadi.... derita semakin panjang...
..
saya akan sambung di bahagian KISAH 2, hinggalah saya dah jumpa penawarnya,alhmdulillah...

insyallah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS