SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PERMAINAN MURAH RANSANG OTAK ANAK

koleksi permainan yang sangat murah untuk meransang anak-anak kita, jom kita try, mesti seronok...

1- BATANG AIS KRIM

Kalau makan ais krim jangan buang batang nya, ada kegunaannya, warnakan dengan beberapa warna, kemuadian jadikan permainan menarik untuk anak anda..

kita boleh ajar anak mengenal warna, terpulang la nak latih dalam bahasa melayu ka, bahasa Arab ke, bahasa inggris ke dan pelbagai bahasa boleh..

KAMUS WARNA:

BAHASA MELAYU.. ENGLISH.. BAHASA ARAB

>> HITAM-......BLACK ....... ASWAD
>> PUTIH........ WHITE..... ...ABYADH
>> KUNING....YELLOW... ..ASFAR
>> HIJAU........GREEN........ AHDAR
>> BIRU.........BLUE...... .....AZRAQ
>> MERAH.... RED.... ........AHMAR




 



2. SORTING BEADS

Gunakan manik...pliz aktiviti ni perlu dipantau oleh orang dewasa, ye la, budak2 ni leka-leka masuk dalam hidung la, dalam mulut la...

campurkan dalam pinggan dengan pelbagai warna, minta anak ambik ikut warna dan masukkan dalam mangkuk yang disediakan...


 Kenapa manik? 
sebab benda-benda kecik ni stimulate motor skill anak dan latih anak lebih fokus,jadi penglihatan dan pemikiran dia lebih tajam,pergerakan  tangan lebih lancar, dan tulisan lebih chantek,,,wink2...hihi





 3- SEPIT BAJU

tak kisah sepit baju yang xde cartoon pun ok, ni nak bagi anak minat lagi, beli yang ade cartoon...kalau rajin ibu buat macamni, warne-warne kan , 2 in 1, selain kenalkan warna, nak latih mengawal tangannya, latih motor skill, sensory skill, memula memang payah sampai muncung-muncung, herot mulut anak, lama-lama insyallah,,, expert...

caranya: minta anak tekan sepit tu dan sepitkan di mangkuk atau bulatan ini, latih tangan lebih kuat..



 4- PENAPIS SAYUR DAN FUR STICK

fur stick ni boleh beli dekat kedai-kedai statonaries, ibu poong pendek-pendek then minta anak cucuk dekat lubang-lubang  tapis tu ikut warna yang sama.

aktiviti ni bagus untuk latih anak lebih fokus dan menguji kesabaran anak anda...







5- GETAH RAMBUT , LIDI DAN PENAPIS SAYUR lagi..hihihi

caranya, anak perlu tarik getah rambut tu dan masukkan dalam lidi-lidi tersebut..

aktiviti ini cukup bagus untuk fizikal dan mental anak anda.sama macam akiviti lain, latih pergerakan tangan, latih anak-anak fokus...



6- KIRA BILANGAN SIPUT

budak-budak memang cepat belajar mengira, lagi-lagi kita ajar dengan objek yang lebih jelas, hands on, nak gune selain siput pun boleh..


 kemudian minta anak masukkan siput tu dalam pinggan yang dah tersedia jumlah bilangan yang kita dah labelkan, time tu minta anak kira.... dah besar sikit boleh gune kaedah ini untuk tolak dan tambah..



7- MELUKIS

cantik ke tak cantik belakang cerita...masa ni la latih anak pegang pen, pencil warna dan cryon..

menurut kajian, anak yang suka melukis mempunyai pemikiran lebih kreatif dan tahap keterbukaannya dalam membuat keputusan lebih luas.




seronokkan.. banyak aktiviti sebenarnya boleh diisi untuk anak-anak hujung minggu... jom share,,, panjang-panjangkan pahala...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan