SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Apa itu kemoterapi dan kesan sampingat kemoterapi

- Kemoterapi (bahasa Inggeris chemotherapy) bermaksud satu bentuk rawatan yang menggunakan ubat-ubatan anti barah dalam merawat barah.



- Dalam penggunaan moden, istilah ini hampir merujuk secara eksklusif kepada ubat sintetik yang digunakan untuk merawat barah.

- Kimoterapi, dalam pengertian yang paling umum, adalah pengubatan penyakit dengan bahan kimia terutama oleh membunuh mikro-organisme atau sel-sel kanser.

- Umumnya, kimoterapi bertindak dengan membunuh sel yang membelah dengan cepat, salah satu sifat-sifat utama sel-sel kanser.

- Terdapat pelbagai cara untuk melakukan kimoterapi bergantung kepada jenis dan tahap kanser, kesihatan anda dan sejauh mana potensi kanser untuk merebak kepada organ-organ penting anda.

1. Melalui salur darah :
- Dadah akan disalurkan melalui salur darah yang cara menyeluruh keseluruh badan anda.
- Ini dilakukan sekiranya kanser anda berada pada tahap 4 dan sel kanser anda telah merebak ke banyak bahagian badan anda. Kaedah ini dikenali ‘INTRAVENOUS (IV)’.

2. Melalui mulut :
- Kaedah ini anda mengambil dadah kimoterapi melalui pil yang ditelan.

3. Melalui suntikan:
- Dadah kimoterapi disuntik terus kepada kedudukan kanser atau tumor

4. Sapuan pada kulit:
- Kaedah ini digunakan untuk kanser kulit.


Apakah kesan sampingan Kimoterapi?


- Kimoterapi terkenal dengan banyak kesan sampingan dan adakalanya doktor tidak menyatakan kesemuanya atas pelbagai sebab.

- Berikut adalah kesan-kesan sampingan yang agak lengkap yang perlu anda ketahui :
1. Pendarahan samaada melalui mulut atau rongga badan yang lain.
2. Kekeringan - kulit menjadi bersisik,kering dan berkedut
3. Keguguran rambut samaada sebahagian atau keseluruhan.
4. Kebas pada tapak tangan atau kaki.
5. Perubahan kepada sistem pendengaran anda. Contohnya bunyi bergema.
6. Sering muntah adakalanya disertai darah.
7. Bengkak pada sistem deria atau pada organ badan.
8. Perubahan warna kulit
9. Mudah dijangkiti penyakit samaada demam, batuk dsbnya kerana sistem imun telah binasa.
10. Kerosakan pada organ penting seperti jantung, hati, saluran darah dsbnya.
11. Kelesuan atau tidak bermaya.
12. Hilang selera makan.

- Adakalanya simpton-simptom diatas adalah berbentuk sementara dan akan hilang apabila anda memberhentikan rawatan kimoterapi.

- Kebiasaanya doktor akan menggunakan dadah-dadah tertentu untuk menghilangkan sesetengah simptom. Namun symptom akan bersifat kekal jika terjadi kerosakan pada organ-organ tertentu badan. Ini termasuk kerosakan pada saluran darah.


ketahui lebih lanjut berkenaan , pesakit kanser dengan vivix di sini

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan