SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

7 teknik pernafasan saat melahirkan

Cuba amalkan latihan bernafas semasa hamil sekiranya ada kelapangan kerana ia dapat membantu anda menggunakannya dengan efektif semasa proses kelahiran. 
 
 
1) Fikirkan perkataan relaks. Ingat ia mempunyai dua suku kata iaitu “re’dan “laks” 
Sewaktu mnarik nafas, fikirkan “re”. Manakala semasa menghembus nafas pula, fikirkan “laks”. Berikan tumpuan sepenuhnya kepada latihan ini. Sebut perkataan “re”dan “laks”berulang-ulang selari dengan corak pernafasan anda. 
Dalam pada itu, semasa anda menghembus nafas, cuba lepaskan sebarang tekanan yang mungkin anda alami. Fokuskan kepada otot yang anda tahu ia selalu mengalami ketegangan apabila anda mengalami stress. 
Setiap kali menghembus nafas juga,anda perlu fikir tempoh yang agak panjang iaitu “laaks”. Fokuslah kepada hembesuan nafas. Tarikan nafas lazimnya akan berlaku secara semuala jadi. 
2) Anda juga boleh cuba mengira setiap kali melakukan latihan bernafas 
Semasa menarik nafas, kira sehingga tiga atau empat dengan perlahan (atau sebarang nombor yang anda mahu). Sewaktu menghembus nafas keluar pula, kira sebanyak tiga atau empat kali lagi. Anda akan dapati bahawa adalah lebih selesa mengira tiga kali untuk tarikan nafas dan empat kali untuk hembusan nafas. 
3) Cuba bernafas melalui hidung dan hembus melalui mulut anda 
Hembuslah nafas melalui mulut dengan lembut. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus melalui mulut. Ramai ibu hamil mendapati bahawa membuat bunyi semasa menghembus nafas seperti “Oooh”atau “Aaah”amat membantu. Ketika dalam proses kelahiran kelak, sewaktu di antara sela kontraksi, minum sedikit air untuk mengelakkan mulut anda menjadi kering. 
4) Sewaktu Braxton Hicks 
Tarik nafas sedalam-dalmnya menerusi hidung. Kemudian hembus nafas melalui mulut. 
5) Semasa kontraksi semakin kerap 
Tarik nafas pendek-pendek menerusi mulut dan lepaskan cepat-cepat melalui mulut juga. Ia seolah-olah anda sedang bernafas dalam keadaan tercungap-cungap. Namun, lakukannya dalam keadaan tenang. Dalam pada itu, jangan kosongkan paru2 sebelum menyedut nafas seterusnya. 
6) Apabila berlaku gesaan meneran 
Tarik nafas dua kali melalui hidung dan lepas mengikut mulut. Seterusnya setelah tiada gesaan meneran, hembus nafas seperti biasa. 
7) Ketika tiba masa meneran 
Tarik nafas dalam-dalam menerusi mulut dan lepaskan dengan sekali nafas secara perlahan-lahan melalui mulut juga. Langkah ini dilakukan bagi mengelakkan bayi yang sudah pun berada di pintu serviks termasuk kedalam semula. 
Sumber: Pa & Ma, Jan 2014 | MS 30

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan