SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Makan shaklee ada kesan sampingan?...oh..tidak

Bertubi-tubi msg daripada costemer, mujur dah study awal kenapa dan bagaimana...

  • Sakit kepala lepas makan alfalfa
  • lutut makin sakit lepas makan AJHT
  • Period tak stabil lepas makan GLA
  • Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix
  • Tekak kering lepas makan PHYTOCOL
  • Rasa mual lepas makan Zink

Sebab itulah pentingnya consult daripda pengedar, kalau saya setiap kali saya consult rakan-rakan yang makan Shaklee, saya pasti ingatkan kesan selepas makan suplemen dalam Shaklee. Pastinya semua orang ingin dapatkan kesan yang baik. Tetapi ada juga yang makan Shaklee tetapi dapat kesan yang tidak seperti diinginkan. Makin sakit lagi adalah..

Kalau korang nak tahu Itu adalah kesan penyembuhan (Healing Crisis), jangan risau kesan tu berlaku hanya sekejap je, itu tandanya, produk yang dimakan tu adalah betul-betul berkesan,tidak kiralah produk apa pun. kesakitan sana sini tu disebabkan ada masalah di bahagian tersebut, so vitamin tu membaiki apa-apa yang patut, membuang apa yang tidak diperlukan di badan kita.

Apa tu Healing crisis?

Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. 


Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Berapa lama healing crisis ni berlaku?

Bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
 

Kat sini saya kongsi antara contoh-contoh kesan sampingan yang di alami oleh costemer selepas ambik produk shaklee sebagai rujukan.




Kesan Penyembuhan  : Sakit Kepala Yang Melampau
Penyebab/Petanda: Badan mempunyai tekanan darah tinggi, Berlaku proses Menyahtoksin



 

Kesan Penyembuhan : Demam
Penyebab/Petanda: Sedang berlaku proses meningkatkan metabolisme, Meransang fungsi imunisasi badan



 

Kesan Penyembuhan : Cirit-Birit, Najis Berbau, Kencing Berbau
Penyebab/Petanda: Petanda bagi menyahtoksin, Proses menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

 
Kesan Penyembuhan : Kembung Perut
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang lemah


 
 
Kesan Penyembuhan : Ruam, Kulit Gatal, Kelemumur, Keluar Lendir
Penyebab/Petanda: Fungsi Hati yang lemah, Usus besar yang tidak sihat



 

Kesan Penyembuhan : Penghasilan Lendir seperti selsema dan kahak
Penyebab/Petanda: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda untuk menyahtoksin


 

Kesan Penyembuhan : Pendarahan Hidung
Penyebab/Petanda: Mungkin Tanda kekurangan darah


 
Kesan Penyembuhan: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab/Petanda: Badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit.


 
Kesan Penyembuhan : Peningkatan Rasa Sakit Pada Badan yang bermasalah
Penyebab/Petanda: Mempercepat proses penyembuhan



 
Kesan Penyembuhan : Tidur yang Bermasalah atau Terlalu Aktif
Penyebab/Petanda: Sistem Saraf yang lemah


 

Kesan Penyembuhan : Kitaran Haid yang Tidak Menentu, Kegatalan pada alat sulit, Keputihan yang banyak
Penyebab/Petanda: Ketidakstabilan Hormon, Proses Membetulkan semula Kitaran Hormon


 

* Kesan Penyembuhan : Pendarahan Ketika Membuang Air
Penyebab/Petanda: Kemungkinan ada Buasir


 

Kesan Penyembuhan : Pening, Lapar
Penyebab/Petanda: Tekanan Darah Rendah, Anemia (kurang darah merah)


 

Kesan Penyembuhan : Loya, Sembelit, Tersedu
Penyebab/Petanda: Sistem Penghadaman yang Lemah, Masalah pada hati


 

Kesan Penyembuhan : Edema (bahagian badan membengkak)
Penyebab/Petanda: Masalah Buah Pinggang

 

Kesan Penyembuhan : Lesu , Mengantuk
Penyebab/Petanda: Badan Berasid, Fungsi Hati yang Lemah, Terlalu Penat, Perlu banyak berehat


Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:


  • Tidak mengamalkannya setiap hari
  • Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  • Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • Mengalami masalah emosi 
Nasihat saya: Dapatkan nasihat daripada pengedar anda supaya vitamin yang anda ambik tidak membazir begitu sahaja.

Untuk dapatkan consultasi percuma daripada saya, boleh beli vitamin dengan saya dan anda akan di guide jadual pemakanan daripda saya.
ID: 1141095




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan