SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Checklist persediaan bersalin sebelum ke hospital

Bila perlu menyediakan barang-barang baby? 
 Waktu paling seusia untuk ibu bapa menyediakan barang untuk persediaan menyambut kelahiran adalah dari umur kandungan 5 bulan, terlalu awal? jangan ambil mudah, jika kandungan cecah 5 bulan, bayi dah sempurna untuk keluar, pada bila-bila masa saja baby boleh keluar, cuma ada beberapa organ yang belum matang.. jadi sebelum berlaku apa-apa kecemasan, jom check apa-apa yang perlu ditambah tolak.






Checklist untuk mama:

  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  • Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  • Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.
  • Set kelengkapan mandian
  • Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  • Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran
  • Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi

Checklist untuk bayi:

  • Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai
  • Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
  • Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini je
  • Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur
  • Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang.

Checklist lain-lain barang:

  • Handphone dan charger
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  • Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  • Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  • Minyak urut atau losen
Checklist  JANGAN !!

  • Barang kemas
  • Wang tunai yang banyak
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.

Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  • Kad rekod kesihatan
  • Kad pengenalan
  • Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
  • Surat rujukan majikan
  • Surat jaminan majikan
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 
Checklist dah diberi, jangan ada yang terlupa ye. Selamat bersalin !! 
lagi bagus packing siap-siap masuk dalam bonet kereta, incase kalau apa-apa terjadi, semua dah siap sedia tidak perlu patah balik rumah ambik itu ini.




Di sini saya sediakan senarai penuh untuk bakal ibu bapa. boleh lah print dan tick mana yang sudah mana yang belum... semoga bermanfaat. 

Pada pendapat saya, better beli dari kandungan lepas 5 bulan, beli sikiti-sikit,setiap bulan, contoh, 5 bulan, beli baju sabun+ shampoo + bedak dan lain-lain alatan mandi je, next mount pulak beli botol-botol pulak dan seterusnya.. sebab kalau beli sikit-sikit taklah terasa sangat duit mengalir keluar daripada beli sekali harung.. pendapat saya ja, terpulang masing-masing.


  



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan