SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Cara merawat puting merekah semasa penyusuan

Apakah yang menyebabkan puting merekah?

 Lebih kurang 80% daripada ibu-ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami puting yang sensitif dalam waktu beberapa hari pertama mula menyusu bayi. Keselesaan ini yang disebabkan oleh perubahan hormon dan puting tengah “adjust” kepada penyusuan terutamanya pada hari ke-4 atau ke-5, dan berkurangan dari hari ke hari. Secara amnya, kesakitan akan hilang selepas bayi anda berusia lebih kurang 2 minggu dan lepas itu, penyusuan sepatutnya menjadi bebas daripada sebarang kesakitan. Jika kesakitan pada puting melebihi daripada 2 minggu, itu adalah tidak normal…seperti merekah, luka, berdarah. Selalunya masalah ini disebakan oleh beberapa perkara berikut:

 1. Kedudukan dan “latch-on”

 Ini adalah penyebab nombor 1 kepada puting merekah. Bayi tidak menghisap puting dengan lebih mendalam.

 2. Terdedah kepada kelembapan terlalu lama

 Jika puting anda dibiarkan dalam kelembapan terlalu lama, ini akan menyebabkan kulit menjadi terlalu lembut dan menambahkan risiko kepada puting merekah…kelembapan ini mungkin disebabkan oleh tidak mengeringkan puting selepas penyusuan; memakai “breast pad” yang terlalu lembap; atau menggunakan “breast pad” yang menggunakan lapisan plastik.

 3. Pelincir semulajadi dikeluarkan

 Puting anda menghasilkan pelincir sendiri semula jadi yang melindunginya daripada kesan kelembapan dan memberikan ciri-ciri anti-bakteria. Oleh kerana terlalu kerap membasuh dengan sabun, ia menanggalkan pelincir semulajadi yang memberikan perlindungan kepada puting anda, dan menjadikan ia lebih terdedah kepada kemerekahan.

 4. “Thrush”
Puting merekah atau kegatalan mungkin bermakna anda mungkin ada “thrush”. Ia disebabkan oleh ketumbuhan sejenis yis seperti kulat dipanggil “Candida albicans.” Puting ibu menyusu boleh dijangkiti oleh bayi yang yang mengidap kulat ini dalam mulutnya. Kesakitan semasa menyusu bayi lebih kurang sama di antara “thrush” dengan “latch on” yang tidak betul. Apa yang membezakan di antara mereka adalah kesakitan yang disebabkan “latch on” tidak betul berlaku semasa permulaan menyusu tetapi bertambah baik apabila bayi sedang menyusu.

5. Dermatitis, eczema or psoriasis
 Jika anda pernah mengalami keadaan di atas, ini mungkin menjadi penyebab kepada puting merekah.

Jadi, bagaimana merawat puting merekah?

 1. Sebelum penyusuan
  • - Jika sakit teruk, anda boleh mengambil ubat penahan sakit yang ringan seperti acetaminophen (paracetamol) atau ibuprofen kira-kira 30 minit sebelum makan.(kalau boleh tahan, elok dielakkan sahaja paracetamol).
  •  Jika “breast pad” melekat pada puting anda, lembapkan dengan air sebelum cuba untuk mengeluarkannya.
  •  Cuba gosok puting anda dengan ais sebelum menyusu bayi untuk memberi sedikit rasa kebas kepada puting anda.
  •  Pam / perah susu untuk beberapa minit sebelum menyusu, ini akan membawa kepada satu “let down reflex” supaya bayi anda tidak menyusu terlalu agresif dalam minit pertama atau lebih semasa penyusuan. Jika payudara anda terlalu penuh “engorged“, ini juga akan membuat ia lebih mudah bagi bayi anda untuk “latch-on”. 

2. Semasa penyusuan 

 

  • Kedudukan yang betul dan lekapan yang dalam adalah langkah-langkah yang PALING penting yang boleh diambil untuk mencegah kerosakan yang lebih teruk dan membantu puting anda sembuh. 
  • Tawarkan payudara yang kurang sakit terlebih dahulu. 
  •  Cuba buat perubahan dalam kedudukan/posisi semasa menyusu. Ini akan memberi tumpuan tekanan ke atas kawasan puting anda yang kurang sakit.
  •  Menyusu kerap (sekurang-kurangnya setiap 2 jam) ini akan memastikan bayi anda tidak terlalu lapar, yang boleh menyebabkan dia menyusu terlalu kuat. 
  •  Perhatikan corak hisapan bayi anda. Jangan biarkan bayi anda menghisap “comfort sucking” pada bahagian yang sakit selama lebih daripada beberapa minit sebaik sahaja dia tidak lagi aktif menyusu. 
  •  Jangan tarik bayi anda dari puting sehingga dia telah mengeluarkan puting dari sedutan mulutnya. Untuk melepaskan sedutan, letakkan jari anda di dalam mulutnya di antara gusinya.

 3. Apabila menyusu menjadi terlalu sakit
  •  Rehat satu atau kedua-dua payudara selama 24 hingga 48 jam. 
  •  Ekspres menggunakan tangan atau pam payudara dari yang paling teruk untuk mengeluarkan susu dan mengurangkan risiko mastitis supaya pengeluaran susu tidak terjejas. 
  • Susukan bayi anda menggunakan alat minum alternatif seperti penitis mata, penitis ubat, “syringe”, cawan ubat atau sudu. Elakkan botol (terutamanya jika bayi anda adalah lebih muda daripada 4 minggu) kerana risiko kekeliruan puting. Jika bayi anda masih belum menghisap dengan betul, menggunakan botol boleh merumitkan lagi keadaan. 

 4. Selepas menyusu
  •  Lap puting anda dengan perlahan sehingga kering.
  •  Jika boleh semasa di rumah, biarkan dada anda terdedah kepada udara untuk beberapa minit. 
  • Untuk puting yang rasa sakit tetapi tidak merekah atau berdarah, sapu susu badan sedikit pada puting dan biarkan ia kering. Susu badan mengandungi ciri-ciri anti-mikrobial yang akan membantu melindungi puting anda daripada jangkitan.
  •  Untuk puting yang merekah teruk dan terdapat pendarahan, cuba lanolin gred perubatan seperti Lansinoh ® , Purelan ®, atau Avent, dibuat khusus untuk ibu-ibu yang menyusu bayi. Ini tidak perlu dibersihkan sebelum menyusu kerana ia adalah selamat untuk bayi anda.

 5. Di antara penyusuan 
  •  Mendedahkan payudara anda ke udara sekerap yang boleh untuk beberapa minit sahaja. 
  • Apabila memakai baju, anda boleh menggunakan pelbagai “nipple shells” yang berlubang (jangan keliru dengan “nipple shields”). “Nipple shells” menghapuskan keperluan untuk “breast pad”. Ini membolehkan pengaliran udara dalam coli anda dan mengurangkan kelembapan pada puting.
  •  Jika anda menggunakan “breast pad”, tukarnya dengan serta-merta apabila ia menjadi terlalu lembap/basah. Elakkan “breast pad” yang berlapisan plastik.
  •  Jangan gunakan sabun, alkohol, krim atau losyen pada puting anda. Basahkan puting anda dengan air bersih semasa mandi sudah memadai.

 Jangan putus asa! 

 Biasanya ia hanya mengambil masa sehari atau lebih untuk puting anda sembuh apabila bayi anda menghisap dan melekap “latch on” dengan berkesan. Jika puting retak berterusan lebih dari 2 hari tanpa tanda-tanda pemulihan, jumpalah seorang kaunselor penyusuan untuk memerhatikan samada teknik lekapan dibuat dengan betul.

 Jadi jika anda mengalami puting sakit atau merekah, cubalah teknik-teknik yang tersebut untuk merawatnya. Masa yang diambil untuk memulihkannya tidak lama, jadi banyakkan bersabar dan jangan cepat berputus asa! Salam Ikhlas daripada saya,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan