SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Cara menambahkan berat badan



 
Ingin menambahkan berat badan supaya kelihatan menarik selalu? Sama ada anda ingin menambah dua, lima atau 20kg, caranya adalah sama. Tiga komponen penting untuk membina jisim: stategi diet, latihan dan supplemen tambahan.
 
Tips biasa:
  • -          Jangan terburu- buru menambahkan berat badan tidak perlu berlaku dalam 10 minggu.
  • -          Bertambahnya berat badan selalunya berlaku kepada otot dan lemak. Pelan latihan dan nutrisi anda akan menentukan ratio, tetapi adalah mustahil untuk menambah 10 paun tanpa menambah lemak. Itu adalah hakikat.
  • -          Bimbang tentang cara untuk mengurangkan lemak kemudian


Berdiet (Nutrisi):
  • -          Makanan adalah pembekal bahan api. Berat badan tidak akan bertambah dengan begitu sahaja
  • -          Makan lebih daripada yang anda inginkan
  • -          Anda harus ada kalori lebihan (kalori masuk > kalori keluar)
  • -          Makan 5-6 kali dalam sehari
  • -          Amalkan diet yang seimbang. Untuk menambah berat badan tidakkah bermakna anda harus makan kek keju dan makanan segera, melainkan anda ingin menambah lemak!
  • -          Tambah protein untuk membantu pertumbuhan otot. Lakukannya dengan latihan yang sempurna. Saya ingin menasihati anda untuk mengambil 2-2.5g protein untuk sekilogram berat badan anda.

Latihan :
  • -          Latihan angkat berat adalah pemangkin untuk menambahkan berat badan. Ia menjadi bahan api untuk membina blok
  • -          Latihan yang berkualiti adalah kunci. Asas latihan angkat berat harus dilakukan
  • -          Matlamat anda adalah untuk menambah kekuatan. Kekuatan lebih = saiz bertambah!
  • -          Lakukan kardio dengan minimum. Ia membakar kalori dan hormone dan juga menghalang penambahan berat badan.
  • -          Lupakan sahaja bahagian perut buat masa sekarang. Mula berlatih hanya apabila anda bersedia untuk menurunkan berat adan
  • -          Jangan lupa untuk berehat

Suplemen:
  • -          Suplemen dapat membantu tetapi hanya berkesan dengan latihan dan nutrisi yang sempurna
-          Protein shey adalah punca untuk protein yang berkualiti tinggi. Protein adalah blok untuk membina otot.

  • -          Weight gainers berkesan bagi mereka yang mempunyai masalah makan. Satu hidangan boleh menambah antara 300 hingga 1000 kalori kepada diet anda (daripada karbohidrat, protein dan lemak)
  • -          Kreatin menjadi kegemaran di kalangan atlit yang ingin menambahkan berat badan dan tenaga.
  • -          Glutamin adalah asid amino yang popular untuk pemulihan dan mengurangkan pecahan tisu otot yang tidak diingini.

Apabila anda ingin menambahkan berat badan, anda harus ingat kepentingan latihan dan nutrisi yang konsisen. Penambahan otot adalah kombinasi makanan(tenaga) dan latihan. Untuk berlatih dengan efektif, anda perlu menyiapkan tubuh anda dengan makanan pra latihan dan makanan pasca latihan yang dapat memulihkan anda dengan cepat. Kedua- duanya harus ada karbohidrat, protein dan sedikit lemak.

Sumber: Panduan Kesihatan & Stamina Mengikut Gaya Hidup Orang Asia (Kevin ZahrI)

Nak cara mudah tambah berat badan?
Insyallah kami ada jalan untuk bantu anda tambah berat badan yang ideal..




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan