SENTIASA BERKESAN,SENTIASA SELAMAT,SENTIASA MESRA ALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

AMALAN IBU HAMIL UNTUK ELAK BABY KUNING

UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN :

 
  • Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)
  • Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
  • Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.
  • Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
  • Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.
  •  Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.
  • Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
  
YANG MENGALAMI MASALAH KUNING INI, ANTARA KAEDAH YANG BOLEH DILAKUKAN ADALAH 

 
  • Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu.
  • Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.
  • Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.
  • Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)
  • Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi. (untuk mengelakkan kuning naik ke kepala dan mengelakkan sawan)
Sumber: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus
 Susu anda kurang? dapatkan set menyusu di sini juga membantu menurunkan bacaan kuning anak anda..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara menambahkan berat badan



 
Ingin menambahkan berat badan supaya kelihatan menarik selalu? Sama ada anda ingin menambah dua, lima atau 20kg, caranya adalah sama. Tiga komponen penting untuk membina jisim: stategi diet, latihan dan supplemen tambahan.
 
Tips biasa:
  • -          Jangan terburu- buru menambahkan berat badan tidak perlu berlaku dalam 10 minggu.
  • -          Bertambahnya berat badan selalunya berlaku kepada otot dan lemak. Pelan latihan dan nutrisi anda akan menentukan ratio, tetapi adalah mustahil untuk menambah 10 paun tanpa menambah lemak. Itu adalah hakikat.
  • -          Bimbang tentang cara untuk mengurangkan lemak kemudian


Berdiet (Nutrisi):
  • -          Makanan adalah pembekal bahan api. Berat badan tidak akan bertambah dengan begitu sahaja
  • -          Makan lebih daripada yang anda inginkan
  • -          Anda harus ada kalori lebihan (kalori masuk > kalori keluar)
  • -          Makan 5-6 kali dalam sehari
  • -          Amalkan diet yang seimbang. Untuk menambah berat badan tidakkah bermakna anda harus makan kek keju dan makanan segera, melainkan anda ingin menambah lemak!
  • -          Tambah protein untuk membantu pertumbuhan otot. Lakukannya dengan latihan yang sempurna. Saya ingin menasihati anda untuk mengambil 2-2.5g protein untuk sekilogram berat badan anda.

Latihan :
  • -          Latihan angkat berat adalah pemangkin untuk menambahkan berat badan. Ia menjadi bahan api untuk membina blok
  • -          Latihan yang berkualiti adalah kunci. Asas latihan angkat berat harus dilakukan
  • -          Matlamat anda adalah untuk menambah kekuatan. Kekuatan lebih = saiz bertambah!
  • -          Lakukan kardio dengan minimum. Ia membakar kalori dan hormone dan juga menghalang penambahan berat badan.
  • -          Lupakan sahaja bahagian perut buat masa sekarang. Mula berlatih hanya apabila anda bersedia untuk menurunkan berat adan
  • -          Jangan lupa untuk berehat

Suplemen:
  • -          Suplemen dapat membantu tetapi hanya berkesan dengan latihan dan nutrisi yang sempurna
-          Protein shey adalah punca untuk protein yang berkualiti tinggi. Protein adalah blok untuk membina otot.

  • -          Weight gainers berkesan bagi mereka yang mempunyai masalah makan. Satu hidangan boleh menambah antara 300 hingga 1000 kalori kepada diet anda (daripada karbohidrat, protein dan lemak)
  • -          Kreatin menjadi kegemaran di kalangan atlit yang ingin menambahkan berat badan dan tenaga.
  • -          Glutamin adalah asid amino yang popular untuk pemulihan dan mengurangkan pecahan tisu otot yang tidak diingini.

Apabila anda ingin menambahkan berat badan, anda harus ingat kepentingan latihan dan nutrisi yang konsisen. Penambahan otot adalah kombinasi makanan(tenaga) dan latihan. Untuk berlatih dengan efektif, anda perlu menyiapkan tubuh anda dengan makanan pra latihan dan makanan pasca latihan yang dapat memulihkan anda dengan cepat. Kedua- duanya harus ada karbohidrat, protein dan sedikit lemak.

Sumber: Panduan Kesihatan & Stamina Mengikut Gaya Hidup Orang Asia (Kevin ZahrI)

Nak cara mudah tambah berat badan?
Insyallah kami ada jalan untuk bantu anda tambah berat badan yang ideal..




 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Checklist persediaan bersalin sebelum ke hospital

Bila perlu menyediakan barang-barang baby? 
 Waktu paling seusia untuk ibu bapa menyediakan barang untuk persediaan menyambut kelahiran adalah dari umur kandungan 5 bulan, terlalu awal? jangan ambil mudah, jika kandungan cecah 5 bulan, bayi dah sempurna untuk keluar, pada bila-bila masa saja baby boleh keluar, cuma ada beberapa organ yang belum matang.. jadi sebelum berlaku apa-apa kecemasan, jom check apa-apa yang perlu ditambah tolak.






Checklist untuk mama:

  • Baju kemeja berbutang supaya mudah  untuk menyusukan bayi.
  • Stokin tebal untuk elak sejuk untuk elakkan masalah angina dalam badan.
  • Kain batik untuk mudahkan pergerakan di wad. Malah mudah dibuka dan ditukar jika doctor nak buat pemeriksaan. Tapi kalau selesa nak berseluar, bawa seluar longgar.
  • Set kelengkapan mandian
  • Selipar untuk kegunaan di wad. Pastikan tapak selipar tak licin takut tergelincir.
  • Tuala wanita yang jenis menyerap kuat untuk kegunaan beberapa hari pertama selepas kelahiran
  • Seluar dalam jenis kain kapas. Kalau bersalin caesarean, digalakkan bawa yg jenis pakai buang.
  • Coli menyusu bawa 2-3 pasang untuk mudah susukan bayi

Checklist untuk bayi:

  • Pakaian bayi bawa 2-3 baju yg sesuai
  • Barut 2-3 helai untuk elakkan perut bayi masuk angin
  • Lampin pakai buang cukup bawak yang pek mini je
  • Bedung 2-3 helai atau selimut kecil. Bayi akan tidur lena kalau dibedung kemas. Dia akan rasa lebih selamat selain mengelakkan tangan dan kakinya daripada tersentak dan merenggut ketika tidur
  • Sarung kaki, sarung tangan dan topi untuk mengelakkan bayi kehilangan haba. Kulit bayi nipis boleh terlindung daripada ksan calar akibat kukunya yang panjang.

Checklist lain-lain barang:

  • Handphone dan charger
  • Snek berkhasiat seperti kacang, biskut dan lain-lain
  • Kamera, kamera video dan bateri untuk rakam kenangan indah. Itu pun kalau pihak hospital izinkan buat rakaman.
  • Pengikat atau klip rambut dan tudung kepala
  • Buku atau majalah sementara menunggu tempoh melahirkan.
  • Minyak urut atau losen
Checklist  JANGAN !!

  • Barang kemas
  • Wang tunai yang banyak
  • Jangan sibuk fikir pasal kerja pejabat seperti menghantar emel, menghubungi rakan bisnes dan sebagainya. Berehat adalah sebaiknya untuk menenangkan emosi.

Di bawah ni pula ialah senarai semak keperluan mendaftar masuk wad bersalin:
  • Kad rekod kesihatan
  • Kad pengenalan
  • Kad atau surat jaminan insurans (jika ada perlindungan insurans)
  • Surat rujukan majikan
  • Surat jaminan majikan
  • Sebarang dokumen daripada pihak hospital. 
Checklist dah diberi, jangan ada yang terlupa ye. Selamat bersalin !! 
lagi bagus packing siap-siap masuk dalam bonet kereta, incase kalau apa-apa terjadi, semua dah siap sedia tidak perlu patah balik rumah ambik itu ini.




Di sini saya sediakan senarai penuh untuk bakal ibu bapa. boleh lah print dan tick mana yang sudah mana yang belum... semoga bermanfaat. 

Pada pendapat saya, better beli dari kandungan lepas 5 bulan, beli sikiti-sikit,setiap bulan, contoh, 5 bulan, beli baju sabun+ shampoo + bedak dan lain-lain alatan mandi je, next mount pulak beli botol-botol pulak dan seterusnya.. sebab kalau beli sikit-sikit taklah terasa sangat duit mengalir keluar daripada beli sekali harung.. pendapat saya ja, terpulang masing-masing.


  



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketahui 10 Tanda-tanda Bersalin

Selepas usia kandungan sudah 38 minggu ke atas boleh lah bakal-bakal ibu memerhatikan tanda-tanda hendak bersalin. Di sini terdapat 10 tanda-tanda bersalin :

1. Kontraksi Rahim
 



- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

 2. Sakit Belakang



- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban

- Keluar air jernih dari rahim, bagi nor semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah

- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik .

5. Serviks terbuka


 
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut

- Sesetengah wanita akan kerap terkentut

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar

 
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing




- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.

 
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera

10. Berat badan berkurangan

- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.

**********************************************

 
"Tuhanku, permudahkanlah dan jangan Kau sukarkan kerana Engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagiMu, Ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatMu, ya Arhamar Rahimin".


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SET MENYUSU BERBALOI-BALOI

Semua ibu, bakal ibu nak anak full bf kan, ye lah, susu ibu kan banyak khasiat, tapi ada masalah menghantui ibu-ibu yang menyebabkan ibu tidak dapat menyusukan anka secara fully, meh saya cuba bantu anda, insyallah..saya taelah mengamalkannya, that why saya jadi ahli,sebab sangat berpuas hati hasilnya, time puasa pun anak kenyang..saya sendiri tak lapar.

 


Kenapa set menyusu ini berbaloi?
Apa yang berbaloi-baloi sangat? meh terjah kenapa pangggil berbaloi..sebab fungsinya bukan hanya untuk susu ibu, malah untuk macam-macam la, bak kata pakcik astro " macam-macam ada"hihi..

 

Ikut bajet anda, sama ada:
- ESP sahaja.
- ESP + Alfalfa
- ESP + Alfalfa+ Ostematrix
 

Pasti ramai tertanya, kenapa ramai bebeno ibu-ibu repeat order ESP + Alfalfa ni?
jawapan saya " sebab hasilnya  memang kebabom.... xpercaya, jom kita terjah lagi...


Mana satu pilihan anda?
 kita tengok apa yang anda dapat kalau anda ambik gandingan Mantop ni :

  • ESP +alfalfa = SUPERMILKBOOSTER..comfrm breast cepat bengkak lepas ambik dua benda ni, saya sendiri pun terpaksa kurangkan dose time keje, sebab baby tak hisap,xtahan bengkak susu berketul-betul, berlumba-lumba nak keluar..hihii
  • ESP+ Alfalfa  = Kulit cantik dan tiada masalah jerawat.
  • ESP + Alfalfa= membuat susu ibu jadi pekat dan banyak, anak cepat kenyang semestinya xkan meragam.
  • ESP + Alfalfa = mengurangkan berat badan. ESP mengurangkan rasa lapar Alfalfa bantu menyahkan toksin,
  • Alfafa =Menghilangkan keputihan.
  • Alfalfa = kacip fatimah, suami pasti memuji melambung-lambung, walaupun anak dah berderet. yang dah rasa mesti tahu macamne kesanya.
  • Alfalfa = mengurangkan maslah resdung, lagi kalau tambah dengan Vit -C kesanya lagi cepat..
Best x...Best x? sebabtu la ramai ibu jatuh hati dengan set ni..memang berbaloi-baloi, macam 3 in 1 gitu.

Apa istemewanya set Menyusu shaklee ni?

  

Bukan tu je,,,banyak lagi khasiatnya, jemput baca.....

ESP

 
  • Menjadikan badan ibu lebih sihat, bertenaga, tidak mudah letih dan lesu sekali gus melancarkan dan mempercepatkan penghasilan susu.
  •   Menjadikan susu yang dihasilkan lebih pekat dan kaya dengan hindmilk yang mengenyangkan,so xlah bayi anak bergayut lebih lama dan kerap bangun malam..hihhi 
     Kulit wajah ibu jadi halus,licin dan berseri, serius tak tipu... 
    Menyokong proses menurunan berat badan secara sihat dan smelajadi.
     Menganjalkan payudara, montok macam anak dara gitu.

ALFALFA

 

  • Turun temurun dari zaman dahulu sebagai perangsang susu. 
  • Breast cepat penuh bila diambil bersama ESP. 
  • Bekerjasama bersama ESP dalam penurunan berat badan. 
  • Mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai agent perapat. 
  • Membantu  masalah resdung, athma dan Alahan. 
  • Berfungsi sebagai detox dalam menyingkirkan bahan-bahan toksin dari dalam badan. 
  • Memperbaiki pelawasan.

Testimoni set menyusu:









lagi testimoni klik sini..

LAGI BEST... set menyusu ni termasuk untuk set hamil dan set pantang, jadi, dari mengandung lagi boleh ambil dah,jagan risau..


 Ibu-ibu,Ummi-Ummi,momy-momy, jom cuba pasti berbaloi-baloi...

Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi secara percuma.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BAYI TIDAK BERAK?IBU PERLU PANDANG SERIUS

Saya yakin hampir semua ibu bapa pernah menghadapi situasi bayi tidak berak beberapa hari. Seseorang yang sihat sepatutnya berak setiap hari. Bayangkan kita makan macam-macam setiap hari, tapi berak seminggu sekali. Segala bahan buangan pergi mana? Masalah berkaitan dengan berak seperti berak seminggu sekali, sembelit atau cirit birit bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh. Ia mungkin merupakan petanda kepada masalah kesihatan seperti kekurangan nutrisi atau penyakit lain yang lebih serius.
 
Bagaimana pun, bagi seorang bayi yang HANYA minum susu ibu, kejadian tidak berak selama beberapa hari sering berlaku. Saya pernah mendengar orang mengatakan bahawa susu ibu tidak mengandungi bahan yang tidak diperlukan. Semuanya diserap oleh tubuh bayi. Saya tidak pasti sejauh mana kebenaran fakta ini, tetapi saya pernah mendengar kes bayi yang hanya minum susu ibu tidak berak selama sebulan dan ia sihat. Ada juga ibu yang menggunakan ubat yang dimasukkan ke dalam punggung bayi bagi "memaksa" bayi itu berak. Perkara ini sekiranya diamalkan ditakuti boleh menjejaskan sistem penyahtinjaan normal tubuh bayi itu.
 
Apa yang perlu di ambil perhatian?
 
(1) Pastikan bayi kencing seperti biasa
(2) Perut tidak kembung atau keras
(3) Bayi aktif dan tidak kerap menangis ( menangis mungkin disebabkan oleh banyak faktor, kenalpasti faktor-faktor tersebut sebelum membuat apa-apa kesimpulan)
(4) Susukan bayi dengan kerap dan pastikan bayi mendapat foremilk dan hindmilk yang secukupnya - bayi yang tidak mendapat cukup susu juga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berak dengan kerap
Bila perlu merujuk pada doktor?
(1) Bayi sering menangis
(2) Perut bayi bengkak dan keras
(3) Bayi tidak mahu menyusu
(4) Bayi kerap muntah - susu mungkin tidak masuk ke saluran usus dan memenuhi perut.
 
Sekiranya bayi anda tidak berak, jangan panic. Monitor perkembangan bayi dan sekiranya bayi tidak sembelit ketika berak biasanya tidak ada apa yang perlu dirisaukan. 

Anak sulung saya pernah tidak berak selama seminggu ketika minum susu ibu sepenuhnya tanpa makanan lain dan tidak mengalami apa-apa masalah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SET MENYUSU PLUS KURUS

Kenapa ia dipanggil set menyusu kurus?

Bukan ke kalau menyusukan anak, badan boleh kurus?

Secara asasnya, menyusukan bayi tidak membuatkan berat badan bertambah. Malah, menurut kajian ibu-ibu yang menyusukan anak lebih mudah menurunkan berat badan berbanding ibu-ibu yang tidak menyusukan anak kerana menyusukan bayi menggunakan antara 200~500 kalori setiap hari. Bagaimana pun perlu diingat, kita masih perlu menjaga pemakanan. Sikap "makan untuk dua orang" hanya akan menambahkan digit-digit pada mata timbang.


Dalam misi nak memastikan badan tampil menawan, Set Kurus Shaklee merupakan pilihan terbaik untuk ibu yang menyusu. Jika betul cara makan dan mengikut diet yang ditetapkan, badan anda tak akan rebounce walaupun selepas anda berhenti mengamalkan set ini.
Set Kurus Shaklee secara asasnya mengandungi 2 supplement wajib:

  • Lecithin
  • Alfalfa
Dua-dua vitamin ini adalah yang paling asas dan nak tak nak, kena ambil.
Kalau anda ada budget lebih dan nak dapatkan hasil lebih pantas, boleh tambah lagi dua supplement yang terkenal:
  • ESP Shaklee
  • OmegaGuard
Jom kita lihat apa fungsi setiap satu supplement ini dalam membantu ibu-ibu yang menyusukan anak untuk kurus.

1. Lecithin
 
Lecithin merupakan vitamin yang membantu memecahkan lemak daripada makanan yang telah kita makan. Istilah lain adalah mengemulsikan lemak-lemak tersebut.
Kalau kita makan makanan seperti nasi lemak, masak lemak dan apa-apa yang berlemak, boleh ambil 2-3 biji Lecithin sesudah makan untuk membuang semua lemak tersebut.
Walaupun Lecithin bersifat sebagai pemecah lemak, ia tidak memecahkan lemak bayi yang disusukan.
Lecithin hanya memecahkan lemak dari makanan yang kita ambil, bukan yang dalam badan kita. Badan kita pun memerlukan lemak. Yang tak sihat dan menyebabkan kegemukan adalah lemak yang berlebihan.
2. Alfalfa
 
Alfalfa Shaklee membantu membersihkan usus supaya semua sisa makanan yang termendap di dalam usus dapat dibuang. Istilah lain yang lebih glamor, detoxAlfalfa juga membantu sebagai pelawas.
Kenapa penting usus bersih?
Hanya usus yang bersih dapat menyerap semua nutrisi dari makanan yang kita ambil. Kalau usus tu kotor, berkeladak dengan segala macam toksin dan lemak, usus tidak dapat menyerap nutrisi dengan baik.
Makanlah segala macam makanan berkhasiat… kita tetap tak akan sihat dan cergas.
Dalam aspek pelangsingan badan, usus yang bersih dapat menyerap nutrisi dengan baik. Ini akan membantu organ yang bekerja membakar lemak untuk menjadi lebih efisien.klik lebih lanjut khasiat alfalfa.
3. ESP Shaklee
 
Menurut kajian ibu yang menyusu lebih kerap lapar setiap jam . Kalau kita jenis begini, ESP sangatlah bagus. Bila minum ESP waktu pagi, biasanya saya sampai ke jam 3 petang pun masih tak lapar.Ini kerana ESP mempunyai Glycemic Index yang rendah di mana tenaga daripada ESP ini dibebaskan secara perlahan-lahan.
ESP juga membantu menguatkan otot yang bekerja untuk membakar lemak dalam tubuh. Ala-ala seperti minyak hitam kereta, yang membantu melancarkan perjalanan kereta. ESP membantu melancarkan pergerakan otot-otot kita.

4. OmegaGuard
 
OmegaGuard membantu menyingkirkan lemak yang termendap di dalam tubuh kita. Masa kita kecil dulu ataupun masa zaman belajar, kita selalu makan makanan berlemak. Dah la makan makanan berlemak, kita tak pula work out.
Lemak boleh termendap dan melekat pada salur darah. Untuk jangka masa panjang, perkara ini sangat berbahaya kerana ia boleh menjadi penyebab diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.
Lemak ini juga menyebabkan usus kita tak dapat menyerap nutrisi dari makanan, dan makin lama tubuh akan menjadi semakin tak sihat.
Kelebihan lain OmegaGuard selain daripada menguruskan badan:
  • Merangsang penghasilan serotonin, sejenis hormon yang boleh membantu mengawal selera makan dan juga mood.
  • Mengekang penghasilan cortisol, sejenis hormon yang merangsang penyimpanan lemak di dalam badan.
  • Kaya dengan DHA & EPA yang bagus untuk perkembangan otak & mata bayi.
“Apa Beza Lecithin dengan OmegaGuard”

Ini antara soalan paling kerap ditanya. “Kalau dah beli Lecithin, kena ke beli OmegaGuard?”
Dari segi harga, memang OmegaGuard jauh lagi mahal berbanding Lecithin.
Dari segi kelebihan pun, memang OmegaGuard mendahului Lecithin.
Apa kata kita recap balik…
Lecithin berfungsi untuk mengemulsi lemak dalam makanan yang dimakan
Apa jadi dengan lemak yang dulu-dulu masa zaman kita main taram semua makanan yang sedap lagi enak? Inilah tugas OmegaGuard! Menyingkirkan lemak-lemak yang dah termendap :)

Supplement yang basic hanyalah Lecithin & Alfalfa. Kalau nak tampil menawan dengan lebih pantas, bolehlah tambah ESP dan juga OmegaGuard


Ibu-ibu sekalian anda:


Set Kurus Shaklee Untuk Ibu Menyusu 


Dapatkan daripada saya, pasti berbaloi.....
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

TIPS MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

 
Penyusua susu memberi nutrien yang paling lengkap dan optimum untuk tumbesaran bayi.
jadi jom kita ikuti bagaimana cara menghasilkan susu yang banyak.

  • Menyusu dengan kerap
  • Penyusuan dengan kedua-dua payudara, tukar ke payudara yang lain sehingga kedua-dua payudara kosong atau bayi tidak menyedut lagi.
  • pastikan bayi anda menyusu cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.
  • Ikut jadual penysuan, tengok isyarat jika bayi anda lapar.
  • Penyusuan waktu malam  dapat menghasilkan banyak lagi susu ibu.
  • Pump selepas penyusuan untuk memastikan payudara anda betul-betul kosong dengan menggunakan pump manual atau pump elektrik.
  • Bukak baju bayi anda semasa menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit membantu bayi sedar daripada lena jika ia tidur.
  • Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
  • Pastikan anda berada dalam keadaan relaks, kerana tekanan stress akan menganggu penghasilan susu ibu.
  • Elakkan menggunakan puting tiruan.
  • Elakkan mengambil pil perancang.
  • minum air yang banyak terutama sebelum penyusuan.
  • cuba mengelakkan minuman berkafein.
  • Makan makanan diet yang sihat dengan protien yang banyak.
  • Ambik Supplement untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
  • Akhir sekali, fikirlah perkara yang baik -baik, kerana ia dapat merangsang penghasilan susu,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MITOS TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

MITOS 1: MERASA SAKIT SEMASA MENYUSUKAN BAYI !

Terdapat wanita yang mengalami kesakitan di dalam rahim semasa mula menyusukan bayi. Ia disebabkan oleh pengecutan rahim akibat daripada tindakan hormon oksitosin. Pengecutan rahim mungkin menyebabkan sesetengah wanita merasa sakit, walau bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang dalam masa satu dua hari.
Lazimnya, sakit di payudara disebabkan oleh kedudukan ibu dan bayi yang kurang sesuai semasa menyusu. Begitu juga, kesakitan dan kecederaan di puting. Kesakitan ini tidak akan berlaku jika anda menggunakan posisi yang betul semasa menyusu.

MITOS 2: PENYUSUAN SUSU IBU MENYUSAHKAN

Ini tidak benar. Sebenarnya, penyusuan susu ibu adalah paling mudah kerana anda boleh terus menyusukan bayi tanpa perlu menyediakan susu atau bimbang tentang bekalan. Sesetengah ibu memerlukan masa dan latihan sebelum mereka boleh menyusukan bayi dengan betul, tetapi selepas itu, mereka mendapati penyusuan susu ibu mudah dan sungguh memuaskan.

MITOS 3: IBU YANG MELAHIRKAN CAESARIAN TIDAK BOLEH MENYUSUKAN BAYI

Ini tidak benar sama sekali. Ibu yang melahirkan bayi secara pembedahan masih boleh menyusukan bayi jika tiada komplikasi perubatan. Walau bagaimanapun, dia memerlukan sedikit bantuan untuk memposisikan bayi kerana dia akan menyusukan bayi secara telentang dan sebelah atau kedua-dua belah lengannya mungkin terbatas kerana diletakkan titisan intravena.

MITOS 4: TIDAK SEMUA IBU BOLEH MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP UNTUK BAYI

Ini tidak benar. Hanya segelintir wanita yang betul-betul tidak boleh menghasilkan susu yang cukup untuk bayi mereka. Satu tanggapan yang salah ialah wanita yang mempunyai payudara yang kecil tidak boleh menghasilkan susu yang cukup. Saiz payudara tidak langsung menjejaskan pengeluaran susu!
Ramai ibu juga percaya, oleh kerana bayi kerap menyusu termasuk pada waktu malam, susu mereka mungkin tidak mencukupi untuk bayi. Sekali lagi, ini adalah tidak benar. Bayi menyusu kerap kerana dia sedang membesar dengan cepat dan memerlukan banyak susu.

MITOS 5: PENYUSUAN SUSU IBU MENYEBABKAN PAYUDARA KENDUR 

Ini tidak benar. Bentuk payudara boleh dikekalkan dengan memakai baju dalam yang boleh menampung payudara dengan baik semasa hamil dan menyusukan bayi 

 

Dapatkan set menyusu daripada saya dengan berbaloi..

lihat testimoni yang telah mencuba set menyusu di sini.

Tips ::: jom amalkan Soy Protein Isolate Powder (ESP) untuk keanjalan payudara. Cubalah!!! Anda pasti jatuh cinta.....=)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PUTING PEDIH SEMASA MENYUSU

Mengapa puting saya terasa pedih?

Rasa pedih pada bahagian puting semasa menyusukan adalah sesuatu yang biasa bagi ibu-ibu yang baru menyusu badan dan ramai yang memikirkan ia adalah sebahagian daripada pengalaman penyusuan badan. Tetapi ini tidak benar. Anda mungkin akan rasa sedikit pedih pada permulaan penyusuan bagi beberapa hari yang pertama. Tetapi sakit yang teruk atau berpanjangan adalah tidak normal.

Penyusuan badan sepatutnya menyeronokkan bagi anda dan bayi. Jika tidak, ia mungkin adalah tanda bahawa anda perlu membuat beberapa perubahan.

Apakah punca puting pedih?

Ada beberapa perkara yang mungkin membuat puting anda pedih, tetapi kemungkinan besar ia berkaitan dengan cara bayi anda menyusu. Jika tekniknya salah dan bayi anda tidak melekap dengan betul, akibatnya anda akan merasa sakit. Satu atau sesetengah daripada masalah berikut mungkin menyebabkan puting anda pedih.

Kesukaran untuk melekap
  • Masalah: Bayi anda tidak melekap dengan betul. Jika dia terpaksa menyedut atau menarik puting anda ke dalam mulutnya, ini boleh menyebabkan kesakitan.
  • Penyelesaian: Pastikan bayi anda memasukkan buah dada anda ke dalam mulutnya (bukan setakat bahagian puting sahaja). Untuk melakukan ini, dia perlu membuka mulutnya dengan luas, atau mengangakan mulut.

Jika bayi anda tidak menganga untuk memasukkan buah dada anda, jangan tarik puting anda keluar. Sebaliknya, hentikan hisapan dengan memasukkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulutnya dan di atas lidah. Lepaskan mulut bayi daripada payudara dan mulakan sekali lagi. Lihatlah gambar-gambar dalam artikel bagaimana cara menyusukan untuk membantu anda.

Jika puting anda sangat pedih dan merekah atau berdarah, anda boleh sapukan minyak atau krim lanolin yang ditulenkan. Dengan cara ini, puting anda dapat sembuh tanpa membentuk kerak luka. Anda juga tidak perlu membersihkan puting daripada kesan minyak sebelum penyusuan seterusnya.


Lidah terikat
  • Masalah: Bayi anda mungkin mengalami masalah lidah terikat, iaitu lidahnya terlekat dengan bahagian dasar mulut. Tanda-tandanya termasuklah dia tidak boleh melekap dengan betul pada buah dada anda, sering tergelincir keluar dan kerap minum tetapi berat badannya tidak bertambah dengan cukup. Bayi anda perlu menggunakan lidahnya untuk menarik masuk susu daripada payudara anda. Jika dia tidak boleh menggerakkan lidah dengan sempurna, dia mungkin tidak boleh menghisap susu dengan jayanya.
  • Penyelesaian: Mintalah doktor untuk memeriksa lidah bayi anda. Masalah lidah terikat ini boleh diselesaikan melalui satu prosedur mudah yang dipanggil frenulotomi. Selepas menjalani prosedur ini, anda akan dapati perubahan besar dalam penyusuan bayi di mana dia akan dapat menyusu dengan sempurna.

Jangkitan fungus (thrush)
  • Masalah: Puting anda sakit selepas beberapa penyusuan yang tidak menyakitkan. Ini mungkin bermakna anda mengalami jangkitan fungus pada puting anda. Jangkitan fungus terjadi apabila organisme yang secara semula jadinya hidup dalam badan anda merebak tanpa kawalan. Bacalah artikel kami mengenai jangkitan fungus pada ibu-ibu menyusukan dan jangkitan fungus pada bayi.
  • Penyelesaian: Jumpalah doktor anda. Beliau boleh memberi rawatan anti-fungus kepada anda dan bayi. Jika anda mengalami jangkitan fungus pada puting, ia mungkin juga berlaku pada mulut bayi anda, samada ketara ataupun tidak. Anda berdua perlu menjalani rawatan pada masa yang sama, supaya anda berdua tidak saling menjangkiti antara satu sama lain.

Dermatitis
  • Masalah: Puting anda merah dan gatal. Ini mungkin tanda-tanda dermatitis. Ia boleh disebabkan oleh krim, losyen atau sabun yang tidak sesuai.
  • Penyelesaian: Cuci payudara anda dengan air bersih sahaja.

Tumbuh gigi
  • Masalah: Bayi anda sedang tumbuh gigi dan menggigit anda. Jika gusi bayi bengkak, dia mungkin menukar cara penyusuan supaya dia lebih selesa. Jika dia mengigit anda, ini bermakna lidahnya tidak dijulurkan ke bawah dan ke hadapan dengan secukupnya untuk memasukkan payudara ke mulutnya.
  • Penyelesaian: Bantulah bayi anda menganga dan menjulurkan lidahnya. Anda boleh melakukannya dengan cara menyentuhkan bibirnya pada puting anda dan apabila dia sudah memberi respon, dekatnya dengan cepat ke payudara anda. Bayi yang lebih besar kadang kala membuka mulut tetapi menarik lidah ke dalam apabila sudah menganga, jadi anda perlu bergerak cepat!

Menyusukan semasa hamil
  • Masalah: Puting anda sakit kerana anda hamil lagi dan masih menyusukan.
  • Penyelesaian: Anda harus bersabar! Puting anda sepatutnya akan terasa sakit hanya pada awal kehamilan. Jika anda terasa sangat sakit, anda boleh gunakan minyak atau krim lanolin ditulenkan untuk melegakannya.

Pedih akibat penggunaan coli atau lapik payudara
  • Masalah: Coli yang tidak padan memberi tekanan kepada puting anda. Lapik payudara dan lapisan plastik pada coli juga boleh menjadi penyebabnya. Ia menghalang kulit daripada bernafas dan memerangkap terlalu banyak lembapan, membuatkan masalah ini lebih teruk.
  • Penyelesaian: Belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi. Jika puting anda merekah, anda juga boleh cuba gunakan lapik payudara berubat.

Adakah puting pedih ini akan memudaratkan bayi saya?

Masalah puting pedih tidak memudaratkan bayi. Tetapi ia boleh jadi satu tanda penyusuan yang tidak betul. Jika bayi anda tidak melekap dengan betul, dia mungkin akan berhenti menyusu sebelum dia mendapat susu belakang yang kaya dengan kalori dan boleh diperolehi pada akhir penyusuan.

Beberapa tanda yang menunjukkan bayi anda tidak menyusu dengan betul termasuklah:

Adakah saya masih boleh menyusukan walaupun dengan puting yang pedih?

Ya. Tetapi jika anda masih berasa sangat sakit walaupun setelah mencuba panduan-panduan di atas, hubungilah pakar. Jika anda merasa sukar untuk meneruskan penyusuan, mintalah mereka rujukkan anda kepada pakar penyusuan. Beliau boleh melihat apa yang anda lakukan dan membantu anda melakukannya dengan betu

sumber: babycentre,com

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS